Meninggal dunia Ismail_Hussein

Pada 20 Oktober 2014 pada kira-kira 9:26 malam waktu tempatan, beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya dipercayai akibat sakit tua.[1] Jenazah beliau telah disolatkan di Masjid Kolej Islam Malaya Seksyen 16 pada pukul 10 pagi yang dipimpin oleh imam masjid, Ustaz Alfian Izaz Abdul Halim. Kemudian, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul kira-kira 12:10 tengah hari. Antara yang memberi penghormatan terkhir kepada beliau ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; veteran UMNO, Tan SriĀ Sanusi Junid dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Awang Sariyan.[2]